Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Stadium_Kajang

Lokasi

Stesen ini terletak di Jalan Stadium di barat bandar Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Stadium Kajang, Restoran Sate Kajang Hj Samuri, IPD Kajang, bagunan MPKj, Mahkamah Kajang, Kajang Plaza Medical Centre, Masjid Jamek Bandar Kajang, Kuil Sikh Kajang dan pusat membeli-belah Plaza Metro Kajang.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Sungai Jernih)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 450, T451, T457, T458, T459 dan T460 dan bas Smart Selangor laluan KJ01 berkhidmat di stesen ini.